terkesan dgn tulisan seorang rakan. membuatkan aku bertambah kuat dan yakin bhw apa yg aku lakukan adalah yg sebenarnya. yakin dgn janji Allah membantu setiap hambaNya yg memohon bantuan. terima kasih rakan. aku pastekn aper yg ditulis dlm blognye... mudah2an menjd iktibar dan panduanku di masa akan dtg. walaupun ini adalah kisahku sendiri yg diolah oleh temanku, namun aku seperti mendapat semangat baru dr kata-katanya....
hari ini (11/02/09) saya kerja macam biasa je, hari dimulakan dengan sangat sibuk meledani sms dari client2 yang minta itu dan ini, saya belum sampai di pejabat peti sms saya dah menjerit minta dibuka, saya baca dan buat tak endah je, sampai di pejabat nanti baru akan saya layan sms itu. beberapa minit kemudian handphone saya menjerit minta dijawab panggilan entah dari siapa. ternyata itulah yang saya lakukan pagi ini hingga lanjut ke pejabat. sedang sibuk melayan kerja-kerja di pejabat, tiba-tiba 2 lagi sms masuk kali ni dari sepupu saya dan adik saya, masuk sekaligus…ish ade ape-ape ke… ternyata dua sms ni buat saya tersenyum melirik ke telinga…apa-apa pun saya tak sabar menanti 22hb febuari ni…ada sesuatu yang menarik akan berulang…hehehhe
apa pun itu bukanlah yang nak saya kongsikan pada tajuk blog saya kali ni, sebenarnya apa yang ligat di kepala saya hari ni ialah sesuatu yang menjadi perbualan antara saya dan seorang teman beberapa minggu yang lalu. entah kenapa itu yang berlegar-legar di ruang fikiran saya, ada sesuatu yang buat saya mahu mengingat akan perbualan kami waktu itu, ada kekuatan pada perbualan itu yang bisa meyakinkan hati saya…
saya ingat waktu itu saya dan teman saya itu baru seminggu berkenalan, saya bukanlah seseorang yang suke bercerita banyak, apatah lagi pada orang yang baru saya kenali. namun saya layankan juga kerana bagi saya selagi tidak menyentuh hal-hal peribadi maka saya masih bisa bercerita. awal perbualan lebih kepada soalan-soalan biasa mula berkenalan…saya jawab seikhlas saya. namun perbualan kami menjadi sedikit rancak pada pertengahan cerita, ternyata teman baru saya ini sangat peramah orangnya. ceritanya menjadi sambung menyambung hinggalah sampai satu saat apabila dia mengajukan soalan yang malas untuk saya jawab sebenarnya. dia bertanyakan samada saya sudah berpunya atau belum? aduh saya tahu kalau dia sudah mula berkongsi cerita serba sedikit tentang perihal rumahtangga dan rutinnya sebagai isteri kepada suaminya dan ibu kepada anaknya, namun saya kira itu bukan syarat yang saya harus membalas soalannya kan? maka dengan senyuman saya hanya mengeleng kepala. jawapan saya dibalas dengan senyuman ikhlasnya yang langsung mewaraskan soalannya dengan berkata “alah takpe, zaman sekarang ni kawin lambat tu perkara biasa dah, tak payah risau2″. saya tak pernah risau kalau saya masih belum berkahwin hakikatnya apa yang selalu menjadi kerisauan saya ialah bila mana saya harus mengawal emosi dan naluri kewanitaan saya, itu yang saya takutkan… bukankah saya manusia biasa yang juga yang diberi naluri yang sama. saya juga takut jika diri saya yang masih berstatus bujang ini akan terjatuh ke lembah kemasiatan (nauzubillah) atau mungkin menjadi bahan fitnah. itulah yang saya takutkan. maka saya sambut kata-kata teman saya tadi dengan senyuman.
tanpa saya minta teman saya tadi memulakan ceritanya tentang alam rumahtangganya yang telah dinikmati selama hampir 2 tahun. rutin hariannya sebagai ibu dan isteri sehinggalah kepada permasalahan yang dilalui dan bagaimana dia mengatasi disaat usia perkahwinan yang masih mentah itu tiba2 dilanda sedikit gelora. mulanya saya mendengar antara acuh tak acuh. sebenarnya saya tidak begitu suka apabila seorang isteri bercerita tentang rumahtangganya…tak tahu saya kenapa? mungkin saya tak mahu dipengaruhi cerita-cerita sebegitu. namun lama kelamaan saya mula dapat tangkap apa yang nak teman saya sampaikan, apabila dia menyebut “apabila berlaku sesuatu dalam rumahtangga kita dan suami kita ni, salahnya adalah orang perempuan. kita lah yang menentukan warna dan corak dalam rumahtangga kita. kalau kita lemah maka tak mustahil akan berlaku peceraian dan masalah2 lainnya”
kenyataan yang buat saya rasa seperti mahu dikembangkan, belom pernah saya mendengar kenyataan sebegini dari mulut seorang isteri. maka saya membidas kata2 nya “kenapa pulak macam tu, kalau suami yang gatal melayan perempuan lain tak kan itu pun jadi salah kita?”
teman saya menjawab “masa mula2 dulu saya pun fikir macam tu, even ibu saya pun berpendapat begitu, tapi saya kuatkan hati saya mengatakan bahawa itu bukan salah suami saya, sebaliknya hanya kekeliruan yang perlu dileraikan. maka saya memilih kaedah yang lebih berhemah untuk membantu suami saya memahami nilai sebuah perkahwinan. kalau dikatakan saya cemburu, ya saya isterinya, memang saya layak cemburu tapi apa yang saya lakukan bukan hanya kerana cemburu semata-mata tetapi kerana saya memikirkan diri saya sebagai isteri yang beranak satu, saya memikirkan usia perkahwinan yang masih mentah maka diuji seperti ini tidak seharusnya saya cepat melatah. dan saya juga memikirkan pihak ketiga yang hadir dalam rumahtangga saya. dan tujuan saya berkahwin telah saya nekad bahwa sekali saya berkahwin dengan suami saya maka dialah suami saya sampai mati pun…”. “ya allah betapa murni nya hati teman saya ini” getus hati saya.
kemudian teman saya menyambung lagi, katanya dia telah cuba memahami kalau suaminya menyatakan hubungan nya dengan orang ketiga tu hanya kawan biasa. maka saya mempersoalkan panggilan manja yang digunakan pihak ketiga itu terhadap suami saya, apakah itu biasa bagi hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram? ternyata suami terkesan dengan kata2 saya, tiga hari kami jadi dingin, namun saya tetap seperti biasa. saya hanya memikirkan hak saya, suami menganggap saya tidak mempercayai dirinya kerana saya membaca sms nye. tapi saya diamkan aje tuduhan itu.
satu hari saya bertanya kepada suami saya, kenapa si pihak ketiga itu tak pernah mahu untuk berkawan dengan saya walaupun saya selalu cuba melayan dia seperti sahabat kepada suami saya. kalau dia boleh bersahabat dengan suami saya kenapa tidak dengan saya, saya sangat berbesar hati untuk mengenali dia juga dengan penuh ikhlas.. lagipun saya inikan isteri kepada teman si pihak ketiga juga..apa salahnya kan. lalu suami saya hanya diam.
lalu saya mulakan lagi, saya tanyakan pada suami saya adakah dia mahu menikah dengan perempuan itu? jika ya saya rela dimadukan. suami menyatakan saya hanya merepek yang tidak-tidak. maka saya keluarkan lagi ke rasionalan saya, saya katakan pada suami “kalau abang menganggap dia adalah sahabat, ya saya percaya bagaimana pula kalau dia tidak menganggap abang sebgai sahabat sebaliknya menyimpan perasaan dan harapan terhadap abang? dan menunggu abang sampai bila2 dengan penuh harapan hanya kerana abang melayan nya dengan baik. saya seorang perempuan dan saya faham perasaan perempuan lain. tidak kah abang merasa berdosa jika satu hari kelak si pihak ketiga itu tidak berkahwin hanya kerana menunggu harapan yang telah abang beri tanpa abang sedari? fikirkanlah abang. saya sangat terbuka dalam hal ni…”
saya jadi kagum dengan teman saya ini, cara berfikirnya menarik minat untuk saya terus mendengar. lalu dia memberitahu kepada saya “kerana itulah saya menyatakan perempuan itu sendiri yang merosakan perempuan lain. ya mungkin sebagai lelaki suami saya harus lebih tegas tetapi lelaki tetap lelaki, maka kita sebagai perempuan nilah yang harus bijak main peranan. kenapa saya salahkan pihak ketiga tu, kerana dia adalah seorang perempuan dan seharusnya dia mengerti hati seorang wanita lain, janganlah dia merendahkan dirinya hanya kerana status bujangnya atau terdesak sekalipun”
agak lama kami berbual, saya jadi tertarik dan cuba menimbulkan beberapa isu untuk kami bincangkan. dan perbualan kami berakhir petang itu.
kenapa saya tertarik dengan luahan ini, saya anggap ini adalah luahan hati seorang isteri kepada perempuan-perempuan bujang seperti saya, agar saya bisa mengerti akan semua ini. dan ada beberapa kata-kata yang sangat terkesan dalam diri saya, mungkin ianya disampaikan untuk suaminya tapi suka saya anggap itu ditujukan untuk diri saya agar saya beringat untuk menjaga diri saya sebagai seorang perempuan…insyallah.
sharing is caring saya tak berniat apa2 selain untuk berkongsi dan satu ingatan yang menguatkan semangat saya dalam hal2 tertentu yang menjadi sebahagian daripada hidup saya insyallah.
penceritaan saya mungkin tidak lah sehebat apa yang kami bualkan tapi lebih kurang begitu dan semoga penyampaian saya bisa dimengertikan.
assalamualaikom
No comments:
Post a Comment