Tuesday, May 22, 2007

DR fadzilah kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan
yang menanti dan biasanya ia berada
tidak jauh dari anda. Jarang orang
bertemu dengan jodoh yang berada jauh
darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita
wajib berusaha. Doa, usaha yang betul
dan bersungguh-sungguh disertai dengan
tawakkal, insyallah akan menemukan
anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu
jodoh kerana mudah patah semangat.
Teruskan usaha sehingga anda bertemu
jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan
sempurna agar diri anda jadi seperti
'magnet' yang menarik bakal pasangan
anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat
di hati yang murni. Berusahalah untuk
mencuci hati anda daripada semua
perasaan yang negatif terhadap semua
orang
di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati
dengan jaga ibadah, solat taubat,
beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf, bersedekah
dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda
dan anda akan menarik sayang
terhadap anda. Jika anda membenci
orang, ditakuti bakal pasangan anda
akan
membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan
harus sentiasa bersedia untuk bertemu
dengan pasangannya pada bila-bila
masa. Justeru, kita perlu sentiasa
dalam
keadaan yang paling menarik setiap
masa. Tanggapan pertama adalah yang
terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah
pakaiannya. Untuk perempuan, wajah
dan bentuk badan menjadi tarikan
pertama. Sediakan diri untuk menawan
bakal
pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk
menerima cinta. Cinta boleh berputik
pada bila-bila masa. Cinta mudah
datang kepada mereka yang sentiasa
bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu
turun ke hati. Justeru, perhebatkan
hubungan mata secara memandang bakal
pasangan dengan penuh kasih sayang.


12. Kita boleh berkomunikasi melalui
fikiran. Hantarlah kasih sayang dan
hasrat murni anda terhadap pasangan
dengan gelombang fikiran ini secara
berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan
patah hati sebab lewat menyatakan
hasrat kepada bakal pasangan. Perkara
yang baik disegerakan (iaitu
menyatakan perasaan anda kepada bakal
pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan
memulakan usaha untuk berkenalan.
Orang lelaki akan sentiasa merasakan
mereka yang memulakan perkenalan
walaupun sebenarnya orang perempuan
yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan
bersemangat menggunakan lidah, mata,
hati dan bahasa badan. Elakkan
bercakap sambil lewa atau kurang sopan
terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai
apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada
minat dan perasaannya. Elakkan sibuk
memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra
seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman
dengan segera agar bakal pasangan rasa
selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal
peribadi yang munasabah kepada bakal
pasangan, semakin mudah dia
menceritakan hal dirinya kepada kita.


19. Berdoa dan latih diri agar kita
pandai mendampingi orang lain dan
seronok untuk didampingi oleh orang
lain. Buang perangai yang menyebabkan
orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang.
Orang yang masih ada perasaan benci
terhadap sebarang orang boleh
menyebabkan bakal pasangan benci atau
tidak
tertarik kepada kita Justeru buang
semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal
terhadap bakal pasangan. Tetapi,
nyatakan dengan hikmah kepadanya yang
anda amat sukar untuk berkenalan
dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik
kepada perempuan yang simple, tidak
materialistik, mudah berterima kasih
dan redha dengan setiap pemberian
lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik
kepada lelaki yang memberi perhatian,
penghargaan dan penghormatan kepada
mereka. Justeru, orang lelaki janganlah
terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar
mengenal kerenah orang perempuan.
perasaan,
pemikiran, kehendak, keperluan,
kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada
kelemahan dan kesilapan kecil yang ada
pada bakal pasangan. Jangan sesekali
mengutuk atau memalukan bakal
pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang
menawan dan bahasa badan yang penuh
kemesraan akan menambat lelaki
terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang ada persamaan dan ada
perbezaan sifat, tindakan dan minat.
Terlalu banyak persamaan membosankan.
Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal
pasangan yang ada sikap dan sifat
yang saling mengimbangi dan
melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan
bakal pasangan, nyatakan yang anda
sering merasa atau berfikir seperti
yang dia rasa atau fikir. Keserasian
adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan
dengan berbual dan bercakap. Lelaki
bentuk
hubungan dengan melakukan sesuatu
kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang mempunyai persamaan
daripada berbagai segi seperti
kefahaman politik, aktiviti keagamaan,
sikap
terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak
perbezaan boleh serasi antara satu
sama lain
jika mempunyai satu atau dua persamaan
yang mendalam seperti suka kepada
kucing, suka melancong atau suka ramai
anak.

33. Tindakan yang serentak akan
menarik bakal pasangan terhadap anda.
Contohnya, serentak berpaling,
serentak angkat gelas, serentak
berdiri,
serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan
pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-
sama gembira, sedih, terperanjat,
benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika
mempunyai pentafsiran yang sama
mengenai
hubungan : tahap keakraban, kebebasan,
kebergantungan, pemberian,
pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai
oleh bakal pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal
pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini
dalam
diri anda dan pamerkan kepadanya yang
anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati
tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan
tertarik kepada anda jika anda
mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan @glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan
kepada anda jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang
semangatnya dan pupuk keyakinan
dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam
memuji atau memotivasi bakal pasangan.
Jika kita didapati bohong, dia akan
terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas
bertindak sebagai magnet yang menarik
anda kepada bakal pasangan. Pujian
daripada kawan baru lebih bermakna dan
berkesan berbanding pujian daripada
kawan lama.

41 Ulang sebut perkataan, ayat atau
slogan yang digemari bakal pasangan
anda. Ini menyebabkan dia rasa
istimewa dan dihargai dan akan tertawan
kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal
pasangan anda yang orang lain tidak
nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan
bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular
dan sering dipuji , cari pujian yang
original untuk menambat hatinya. Untuk
orang yang tidak popular, sebarang
pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta
kepada setiap pencapaian atau kejayaan
bakal pasangan Ini membelai dan
melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda,
pamerkan keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan
bersyukur. Dia akan rasa dihargai.


46. Cari keunikan, kelucuan atau ?
kegilaan? bakal pasangan anda. Nyatakan
yang anda suka kepadanya sebab
keunikan tersebut. Ini buat dia rasa
istimewa...

47. Ramai pasangan sengsara bila
isteri terlalu cantik atau suami
terlalu
handsome. Justeru, cari bakal pasangan
yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh
sukar untuk mendapat pasangan. Carilah
kecantikan yang ada pada anda dan
bentuk keyakinan diri. Hati yang suci
dan
keyakinan yang tinggi menyerlahkan
kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada
lelaki yang gentleman, bersopan santun,
suka membantu, menghormati wanita,
berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan,
berterusan belajar, perbaiki perangai
dan
peribadi, baiki kemahiran komunikasi,
murnikan hati, pemaaf dan sentiasa
bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat
kelelakiannya di samping memasukkan
sifat perempuan dalam dirinya seperti
lebih prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat
kewanitaan disamping menghayati sifat
lelaki seperti minat dalam politik,
sukan, memancing, dan aktiviti macho
yang lain. Bertindak bijak tapi,
jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap
bertanya tentang perasaannya,
aktiviti yang dijalankannya,
kegemarannya, kebenciannya atau
sebarang
perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang
perempuan harus elakkan diri dari
bertanya bakal pasangan mengenai
perasaannya mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila
bakal pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau kebodohan
lelaki tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan
kepada lelaki yang boleh mengaku salah,
meminta maaf, meminta bantuan,
bertolak ansur, pandai mendengar,
bersabar
dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang
perempuan harus fokus kepada fakta
dan sampaikan secara ringkas.
Penjelasan yang berjela-jela dan
memasukkan
unsur perasaan akan membunuh minat
lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah,
pujuklah dengan kasih sayang. Tanya
kenapa
dia marah, dengari dengan teliti dan
jangan komen atau cuba beri nasihat.
Orang perempuan mudah sayang pada
lelaki yang pandai mendengar dan
sensitif
kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk
nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan
kasih sayang dan bentuk suasana yang
tenang. Doakan dia dan beri masa untuk
dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki
bercakap secara terus terang, ringkas
dan
objektif. Orang perempuan sering
bercakap secara berlapik, terperinci
dan
banyak yang tersirat.

No comments:

Post a Comment