Wednesday, January 17, 2007

the story of my life

The story of my life….
My 1st love…..
Time ibu ngan abah berpisah around Oct 2003 aku close ngan sorang mamat nie. Samada keputusan aku menceritakan masalah aku pada dia adalah satu kesilapan ataupun percaturan Allah dalam hidup aku, aku sendiri tak pasti. Tujuan aku bercerita hanyalah sekadar melepaskan bebanan yang menyesakkkan jiwa aku. Tanggungjawab yang dipikul sebagai anak sulung bukanlah satu tugas yang mudah. Bukanlah satu tugas yang mampu dipikul oleh semua. Allah memberikan keistimewaan pada anak sulung jiwa yang kuat untuk menjadi sumber inspirasi pada adik2. Mungkin itulah keistimewaan yang Allah beri pada aku. Tapi ada masanya aku tetap tewas. Aku hanya insan biasa yang kadang2 tak mampu untuk menahan dugaan yang bertimpa2 dan dalam masa yang sama meminjamkan kekuatan untuk adik2. Mana aku mampu untuk pinjamkn kekuatan kalau aku sendiri hampir tersungkur? But now I’ve realised yang Allah mencantikkan peribadi aku dengan dugaan2 yang datang. Thanx to Allah for that!
Masa inilah kehadiran seseorang yang telah memberikan impak yang amat besar dalam hidup aku. Perkenalan yang hanya bermula dengan sesi bercerita akhirnya disusuli dengan pertemuan demi pertemuan. Pertemuan yang pada masa tu aku anggap hanyalah pertemuan seorang rakan dengan rakan. Pertemuan yang tanpa aku sedar telah menyebabkan perasaan sayang yang mula terbit makin mekar. Sedangkan dalam masa yang sama aku sibuk laungkan “it’s not impossible for a girl and a guy to be just a good friend”. Sebab aku rasakan aku dah buktikan sesuatu. Aku bersahabat dengan seorang lelaki tanpa ada perasaan cinta. Tapi… aku lupakan perasaan that guy. Can a girl be just a good friend to a guy?
Mesti ada hikmah kenapa lelaki boleh kahwin lebih dari satu dan perempuan hanya boleh kahwin seorang sahaja dalam satu masa. Walaupun lelaki berkahwin 4 dalam satu masa tapi tetap boleh kekalkan persaaan sayangnya pada setiap isterinya. Bertindak adil pada kesemuanya. It means that man can fall in love with 4 different women at one time. So, berbalik pada soalan tadi. Can a girl be just a good friend to a guy? Tepuk dada tanya hati.
Let’s talk about that guy. Aku befriend dengan dier for about 2years. Bila usia persahabatan hampir mencecah setahun, aku diuji. Dalam masa yang sama masalah mula timbul bagi pihak lelaki. Bila mana 2 perempuan yang ada dalam hati dia berada di sisi pada masa yang sama. Yang seorang sahabat, yang lagi seorang girlfriend. Sort of “di sana menanti di sini menunggu”. Hati mula dah rasa tak keruan. Padahal time tu aku rasa I’d handle it just fine. Sebab…. He’s only my friend. But, to that guy I’m his good friend. Someone yang dia kene jaga hati. Kena gak temankan ke hulu ke hilir. Someone yang dia kene tanya khabar selalu. Dan satu principle yang dier guna yang aku tak setuju “bukan semua benda aku perlu cerita pada makwe aku pasal kawan aku”. The reason nak jaga hati. Hm… bleh terima ke ek? And mula2 prob nie between me and that guy je… lama2 merebak pulak ke girlfriend dia tu.
Ok… back to that time. Aku rasa aku memang sayangkan dia time tu. Cuma aku kurang yakin dan aku rasa aku banyak tipu diri aku sendiri. Aku kata yang aku anggap dia cuma seorang kawan tapi dalam masa yang sama aku nangis bila dia tipu aku. Aku tak senang hati bila dia takde dengan aku. Lagi rasa xbest bila dier ada dgn that girl. Tu kawan ke? Hm… wallahua’lam.
Mula2 aku buat decision berterus-terang. Walaupun that’s not me. Tell the truth about my own feeling to the other people. Tapi aku rasa itu keputusan yang baik. Dan time tu aku rasa memang masalah aku dah settle. Rupa-rupanya…… itu cuma anggapan. Aku cuma selesaikan sebelah pihak. Terlupa pihak yang lagi satu. His girlfriend. Sebenarnya aku rasa problem nie boleh settle kalau his girlfriend nie seseorang yang takkan bertindak mengikut rasa. Lebih banyak menggunakan akal daripada hati. Memang agak keras. Tapi inilah kenyataannya bila niat menguasai terlalu banyak dalam diri. Cuba menguasai seseorang dan terlupa hati dan perasaannya. Biakkan perasaaan sayang pada diri kita untuk si dia dan terlupa bajakan yang ada pada si dia. Payah… payah…. But I know that I’m not a perfect person either. But I’m just different from her.

No comments:

Post a Comment