Monday, August 27, 2007

merajuk ke ek?

aku merajuk ke dier yg merajuk. tp aku rs dier tgh xde credit n then ari ni bz sgt nk g beli top up. itu andaian aku utk baikkn ati aku. cam2la aku slalu. aku baik sgt atau dier yg baik sgt.... hm ntahla...
lagipun inilah yg aku mohon dr Allah berikan aku kesabaran bila aku memerlukannya. mmg saat2 camni aku terlalu perlukan kesabaran 2 dlm hidup aku. sbb bkn slalu dier wat camni. cuma aku je yg slalu amik serious dgn aper yg dier wat. padahal sebanye xde aper2 pun...
yg pastinya smlm dh best sgt dh. mmg dh happy. yiba2 penutupnye masing2 mcm merajuk n padahal aku bkn merajuk pun. n aku xkisah aper yg dier nk bg pd aku pun... even klo dier nk bg cincin je pun. prob ney ibu je nnt yg bising. tp xpela, kitorang wat jela senyap2.
aku pun xtau aper masalah dier. ntah aper yg dier nk crite kt aku. ntah2 masalah dier berat gk. n aku xpenah cuba nk tanya n paham. mmg slh aku....
xpela, aku dgr je dulu aper dier nk ckp dgn aku.
ya Allah, permudahkanlah ruusan kami n panjangkanlah jodoh akmi hingga ke akhirnya.... amin!!!!!
harap2lah dier bkn demam.....

Tuesday, August 21, 2007

cinta beralih arah... salah siapa?

aTatkala matahari menyerlahkan sinarnya, tiba-tiba mendung berarak kelabu. Suami yang dikasihi tiba-tiba beralih perhatian kepada si dia. Kasih beralih arah selalunya disebabkan oleh keadaan rumah tangga yang hambar. Hubungan yang kian longgar membuat suami beralih arah kepada orang ketiga yang dirasainya lebih menyenangkan. Sebelum anda mencari salah siapa, renungkanlah 12 cara mengembalikan keharmonian rumah tangga di bawah. Jika semua perkara itu sudah anda lakukan dan perkahwinan anda masih tidak bersinar, mungkin anda perlu ambil langkah drastik kerana memang sudah tidak ada jodoh!
1. Perkahwinan kerana Iman - Renungi kembali mengapa anda berkahwin. Jika perkahwinan anda dahulu disebabkan oleh nafsu dan cinta, tentunya sukar mempertahankan keharmonian rumah tangga. Hal ini kerana cinta dan nafsu boleh berkurangan & lupus. Sekiranya perkahwinan yang anda lakukan itu di atas dasar iman, sudah pasti anda dan pasangan sedaya upaya menerangi rumah tangga dengan cahaya keimanan. Semakin kuat iman anda semakin erat hubungan anda suami isteri. Perkahwinan di atas dasar keimanan menjadikan anda dan pasangan bertanggungjawab sepenuhnya pada tugas-tugas yang diberikan dan disarankan oleh agama. Bagi pasangan yang berkahwin kerana nafsu dan cinta, ubah persepsi itu sekarang.
2. Belajar Ilmu Perkahwinan - Berjaya mendapat sijil Kursus Perkahwinan bukanlah tanda yang anda kini sudah mampu menjadi suami dan isteri yang baik. Banyak lagi perkara yang perlu anda tahu tentang ilmu perkahwinan. Misalnya belajar dari orang yang lebih tua dan berpengalaman. Ketahui hukum-hukum syarak perkahwinan. Ikut petua-petua rumah tangga yang boleh diperoleh dari orang terdahulu.
3. Niat - Simpan niat berkahwin hingga ke hujung hayat. Bukan hingga ke anak cucu shaja! Mohom pada Allah agar keharmonian rumah tangga anda kini berada dalam keadaan yang dirahmati.
4. Campur tangan orang luar - Jika anda mempunyai masalah rumah tangga, jangan biarkan orang luar campur tangan. Tidak kira samada ahli keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja. Masalah keluarga biar anda dan pasangan yang selesaikan. Hal ini kerana tidak semestinya orang luar boleh menyelamatkan keadaan. Malah keadaan lebih merbahaya jika orang luar itu menyokong satu pihak sahaja. Berjumpalah dengan kaunselor keluarga jika masalah yang anda berdua hadapi tidak mampu diselesaikan bersama dan memerlukan orang ketiga. Kaunselor adalah orang yang paling sesuai kerana mereka mempunyai etika yang tidak bias kepada sesiapa.
5. Keterampilan - Jangan salah anggap selepas menjadi suami atau isteri, kebersihan dan keterampilan diri tidak perlu dijaga. Sebaiknya apabila kita bergelar isteri atau suami, penampilan perlu lebih baik terutama apabila di hadapan pasangan. Jangan pula bila keluar anda bergaya, di rumah pakai apa yang ada!! Jaga keterampilan anda supaya sejuk mata pasangan memandang.
6. Belajar tolong menolong - Jika dahulu, kebanyakan isteri tidak bekerja. Tugas sebagai surirumah memerlukan isteri membuat kerja rumah sendirian. Namun, atas desakan ekonomi pada masa kini menyebabkan isteri terpaksa turut serta mencari nafkah. Oleh kerana kerja isteri semakin bertambah, suami perlu menolong isteri melakukan kerja-kerja ringan di rumah. Misalnya membasuh baju, menyidai dan melipat. Atau tugas paling mudah suami boleh lakukan adalah menjaga anak semasa isteri sedang membuat kerja rumah. Sekiranya suami dan isteri mampu, upahlah pembantu. Pembantu rumah boleh menolong isteri menyelesaikan tugas-tugas di rumah tanpa rasa tertekan. Kurang stress akan mengurangkan ketegangan hubungan suami isteri.
7. Intim - Jangan jadikan anak sebagai penghalang hubungan suami isteri. Sebaiknya, anak adalah penyambung kepada ikatan keintiman anda berdua. Pasangan yang kurang intim selalunya kurang memberi perhatian kepada pasangan. Kajian mendapati 60% pasangan yang bercerai adalah disebabkan masalah keintiman atau seks.
8. Jaga Kesihatan - Kebanyakan masalah rumah tangga berpunca daripada masalah kesihatan. Kesihatan di sini bukan tertumpu kepada kesihatan fizikal sahaja tetapi lebih daripada itu seperti kesihatan mental dan emosi. Misalnya, masalah stress perlu ditangani segera. Elakkan dari dijangkiti penyakit yang membahayakan kesihatan khususnya yang berkaitan dengan seks. Banyak pasangan yang ingin bercerai disebabkan oleh masalah kesihtan, jadi jangan anggap masalah ini ringan.
9. Kurangkan Syak - Jangan terlalu cemburu atau berprasangka pada pasangan. Cemburu, syak dan berprasangka hanyalah mainan minda yang mungkin tidak sama dengan realiti. Perasaan ini selalunya menjadi punca kepada pergaduhan, murung dan hilangnya kosentrasi terhadap tanggungjawab sebagai suami maupun isteri.
10. Berpandangan Jauh - Ingat, perjalanan hidup anda jauh lagi. Pasangan bukanlah rakan anda untuk satu ketika sahaja tetapi teman yang akan duduk di sebelah anda dari hari anda bernikah sehingga ke hujung nyawa. Jika anda berpandangan sebegini, maka anda tidak mudah melakukan perkara-perkara yang menyakitkan hati pasangan.
11. Cari Persamaan - Cari persamaan anda dan pasangan kerana persamaan ini dpat membantu anda dan pasangan terus mencintai antara satu sama lain. Begitu juga persamaan tingkah laku ketika bercinta dan selepas bergelar suami isteri. Jika sebelum berkahwin boleh bersuap-suapan ketika makan, mengapa kini tidak lagi? Jika dahulu suami akan memimpin tangan isteri semasa melintas jalan, kenapa kini berjalan jarak sebatu antara satu sama lain? Ingat kembali detik indah ketika bercinta dan wujudkan kembali detik itu walauun sudah menjadi pasangan yang sah dan sudah beranak-pinak.
12. Bersyukur dan terima seadanya - Tidak bersyukur dengan apa yang ada pada pasangan adalah tanda-tanda mulanya rumah tangga bermasalah. Sana tak cukup...sini salah...situ kurang...dan sebagainya. Bahkan, jerawat tumbuh di atas hidung pasangan pun menjadi masalah besar. Mengapa perlu merungut? Sebaliknya, berterima kasih kerana anda dijodohkan dengannya kerana setiap pasangan itu mempunyai keserasian. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari di mana keserasian itu bersembunyi.

Monday, August 20, 2007

bye sayang......

brape kali aku pk pun aku ttp nk senyum. senyum bkn sbb aper... senyum sbb xsbr nk alami keindahan sayang 2 lps kawin. huhu... cani critenye
sab2 mlm ahad ari 2 rose tdo umah aku. 1st time lps bergelar isteri org. byk r gk aku borak2 dgn dier. kitorang janji nk study sama2. sudahnye dier sengsorang je yg bgn. xtaula b4 dier study ataupun lps dier study xslh aku ijam call.
aku xdgr butir2 aper yang dprang borakkan sbb time 2 aku tgh tdo. tp at the end aku terjaga. quite funny but yet so sweet.... b4 ltk fon aku dgr suara ijam ckp "bye sayang........" pas2 rose jwb bye. pas2 ijam ckp lg"bye sayang..." mcm berat ati nk ltk fon. n rose jwb lg "bye". n kali ke3 rsnye... ijam ckp lg. n time 2 rose dh gelak2 dh... klo dorang xkawin lg mungkin aku kata geli. tp, sbb dorang dh kawin aku rs sweet sgt. n pg2 buta 2 aku terpaksa sorok senyum aku dgn mengiringkan bdn aku. bila aku dgr terasa xsbr nk kawin.
aku crite kt syg aku. dier kata aku xmalu sbb dgr org borak. aku ckp nk wat cane sbb dh seblah aku. n dier pesan jgn ejek rose. nnt malu dier. biasala org dh kawin... kata dier. aku pun tiap2 ml klo bleh nk tdo seblah dier. probnye aku blom jd isteri dier lg.
ader 1 mlm 2. dh msg ckp good nite... skali 2 sambung msg2 blk. sudahnye kul 1lbeh br tdo. padahal mula2 2 kul 11 lbeh je... mana xsegarnye bijik mata die ckp psl benda merepek2 je. aku dh mengantuk2 layan karenah dier. dier kata rs mcm jahat sbb dh dok bayangkan bukan2.
the thruth are... aku mmg sygkan dier. syg sgt. blom penah bosan layan karenah dier. wlaupun kdg2 2 mmg marah sgt dgn dier sampai rs nk nangis. tp aku tau dier mmg btol. specially bila nk kene marah dgn dier. mula la berlinang air maat aku nie...
manjanye dier... amik berat dier pd aku n everything about him... irressistable. itula masalahnye.. bila lama xjupe rs nk nangis sgt.... ngada2 sgt plak aku rs... harapnye dier xpenah bosan layan karenah aku. sampai bila2 insyaallah...
n hopefully "bye sayang......." nie akan bunyi mcm 2 or mayb lbeh best lg bila aku dh jd isteri dier. biar tiap masa aku rindukan dier. n bila kuar je dr umah rs xsbr nk blk sbb nk jupe dier lg.... amin!!!!!
ya Allah! lindungilah kami dari bisikan syaitan yg direjam n peliharalah kesucian kasih syg kami ya Allah. aku sygkan syg ini... tegakkan kasih syg kami atas kasih sygMu ya Allah! amin!!!!!!!

Wednesday, August 8, 2007

3bln lg....

lg 3bln status aku akan berubah n yg paling pasti cara hidup aku akan turut berubah. aku akan pastikan perubahan 2 sume bkn secara terpaksa tp atas kerelaan aku sendiri. skang nie pun aku dh byk berubah dh aku rs. sejak akhir2 nie je kuar mlm blk... tp biasala bkn merayap ke mana2 pun...
dh 4ari masuk arini aku xjupe dier. aku rasa kemungkinan sbb dier sibuk n dlm masa yg sama dier cuba nk kawal diri dr wat ntah aper2 ntah. aku pun sama. mmg elok mcm nie.. itu pun doa aku slalu. cuma aku mohon pdMu Ya Allah... jgn sket pun kau pudarkn kasih syg antara kami. biarlah kasih n cinta kami ttp mekar selamanya... begitu juga ketaatan kami kepada Mu Ya Allah.
aku xdpt nafikan kadg2 aku dok terbayang2 kehidupan dgn dier. bila dier sentiasa ader kt sebalah aku. bila aku jupe dier rs mcm nk peluk je dier... tp aku cuba kawal diri aku. sbb terlalu sygkan dier aku cuba kawal diri aku. aku xnk dier buat silap dlm hidup dier. lbeh2 lg diri aku. byk benda yg aku kene jaga. elok pun aku kuar tgk wyg dgn dorang bkn dgn dier.
tlglah ya Allah! perubahan ini bkn bersifat sementara. aku nk sgt ya allah ramadhan kali ini jauh lebih baik dr ramadhan yg sebelumnya....
ya Allah! kekalkanlah jodoh di antara aku dgn mohd zulkefele mohd zain ya allah dan bajailah kasih syg kami dgn kasih syg Mu. permudahkanlah sgl urusan kami ya Allah! amin!!!!!!!

Monday, August 6, 2007

my 1st love?

ckp psl my 1st love... hahaa... actually aku xconsider dier 2 sbg 1st love aku. sbb yg aku rs my 1st love ialah cik abe aku skang nie yg mmg aku syg gile2....
ok psl khair nie. aku still rs dier yg dulu lg comel dr skang. so, aku suka sbb dier comel ke ek? hehehe... mayb la kot... aku minat kt dier since f1. sejak dr detik yg mmg aku ingat sgt.... konon2 aku tiba2 syok kt dier. sudahnya time f2 kitorang kene couplekn oleh org2... sbbnye kitorang sama2 kecik je... tp yg klaka 2 glamour gk kitorang jdnye. ramai gk yg dok ejek2 kitorang. n ramai gk la yg tanya soalan kt aku "khair 2 pakwe awk ke?" hahaha.... padahal aku je yg syok sendiri...
tp aku tau mmg ada sampai 1 masa 2 mmg aku xsyok sendiri.. dier mmg cuba rapat dgn aku. aku sedar yg 2.... tp ntah kenapa time 2 aku rs aku xbersedia. xbersedia utk trime dier. mmg klaka. sdgkan dierla yg aku syok2 sgt... sampai kitorang abis skolah aku mcm xksh.. lgpun aku dok dgr dier ader affair dgn junior. so, aku lg xksh...
n ksh aku dgn dier tamat sama dgn tamatnya persekolahan kami. n dier ttp ader dlm ingatan aku...(bkn hati aku) sampaila 1 masa yg aku sedar aku makin lupakan dier. n yg aku ingat dier dtg time open house umah amir n time 2 kitorang wat mcm xknl langsung. n very immatured. hahaha.... n time 2 dier mmg selekeh sgt. n aku tertanya2 gk time 2. nie ke org yg penah aku minat? aper yg aku minat kt dier? but then skang dier mmg dh nampak matang..... n ok je...
tp.... dier mmg muncul blk dlm hidup aku... tp bkn dlm realiti, cuma dlm mimpi aku. 1st, time aku rapat dgn ijud xsalah aku. aku mimpi dier pandang aku dr jauh n senyum.... n yg kedua time dgn shamsul, cam2 gk yg dier wat dlm mimpi aku....
cuma kali nie dier muncul dlm realiti n bkn dlm mimpi........
n aper yg aku nk selitkan kt sini........ setelah sekian lama, aku still terpandang lirikan mata dier kt aku... aku yakin dier mmg pandang aku. mungkin dlm hati dier sama dgn aku..... tiada jodoh antara kita......... bkn dlm nada menyesal mungkin... tp sbg pernyataan hati masing2.
mudah2an Allah berikan mohd khair mohd mispan kebahagiaan dunia n akhirat. mudah2an dier mendapat pasangan hdup yg dpt berikan dier apa yg didinginanya... insyaallah!

Wednesday, August 1, 2007

cinta n kasih ini

br nk masuk 2 bln rupanya aku bertunang dgn dier. ada masa rs cpt... ader ms rs lambat. hm... specially, bila dh kuar sampai mlm2... pas2 blk tdo bilik masing2. hm... 2yg plg prob 2 mudah2an Allah bg kami kesabaran yg tinggi. amin!!!
smlm dier ckp kt aku. aku rs aku xperlu kecik ati dgr dier ckp cam2. dier kata sejak dier knl aku, byk amalan yg dier dh tinggalkn. n sejak kitorang bertunang dier dh xg an-nur. 2 yg plg aku xbest dgr. aku nk seseorg yg dpt bimbing aku ke jlnNya. tp bila aku dh dpt, aku rosakkan hidup dier. mcm xpatut je aku rs. mmg besar gk dosa aku.
smlm, niatnye mula2 nk ajk g tgk wyg. tp bila aku kenang2 blk n timbang2 blk... aku rs elok time ulangtahun kelahiran sambut kt tpt yg lebih afdal. sbb 2 aku ajk dier ke masjid. walaupun dier mesti tanya nape ke sini? biar aku je yg tau alasannya....
aku nk dgn knl aku dier semakin mengenali Allah. jd, aku rs bersalah sgt dgr dier ckp cam2. aku tau aku bleh kawal rs rindu aku pd dier... aku kene yakinkn diri aku. itu benda yg aku selalu kene ingatkn diri aku. aku ingat bln posa nie aku kene janji pd diri aku sahur n tarawikh penuh. nk sgt.......... aku kene gk ajar diri aku. cam2 gk utk dier. skali skala mmgla bleh ajk dier g solat kt mjid or buka posa sama2.
ya Allah! bentengkanlah hati2 kami dgn cahaya cintaMu. tautkan hati kami atas kecintaan kpdMu, hidup suburkan kasih syg kami atas kasih sygMu, berikanlah kami kesempatan bersama2 mendekati cintaMU. permudhkanlah jodoh kami n kekalkan jodoh n kasih syg ini ke akhirnya... tabahkan hati2 kami dlm mengahdapi apa jua dugaan yg Kau takdirkn pd kami ya Allah! amin!
kurniakanlah mohd zulkefele mohd zain sbg suamiku, pembimbingku, sahabatku, bapa kpd anak2ku......... dan hidup suburkan kasih syg kami n mekarkn ia selalu. mudah2an aku adalah isterinya d dunia n akhirat. dan moga aku dpt berikan dia kebahagiaan d dunia n akhrat. amin!!